Tak perlulah nak kaitkan nama Erra dengan saya apabila kami berdua digandingkan di set lokasi.
"Perkara itu sudah lapuk, tambahan pula sebelum ini kami pernah berlakon bersama dalam filem Cuci. Yang penting kini kami bahagia dengan haluan masing-masing," kata Awie ketika mengulas persoalan mengenai dirinya yang akan digandingkan dengan Erra Fazira dalam filem Andartu Terlampau.
"Dalam filem tersebut, saya hanya akan muncul dalam tiga scene sahaja dan menjadi salah satu calon suami yang dicari oleh Nikki lakonan Haliza Misbun," ujar Awie ringkas mengenai wataknya dalam filem tersebut.
Menolak tawaran melakonkan watak utama dalam Seri Dewi Malam dan Idola, Awie kini semakin kerap muncul dalam filem bergenre komedi dan menyifatkan dirinya belum bersedia untuk melakonkan kembali watak utama yang lebih bersifat serius. Beliau juga seboleh-bolehnya mengelakkan daripada terlibat dengan filem yang bertemakan cinta.
"Jika ada dua tawaran dalam satu masa, saya tentu akan memilih filem yang berunsur komedi kerana hati saya lebih ke arah itu. Pemilihan saya juga tak ada kena mengena untuk menjaga hati isteri kerana beliau sangat sporting dan faham kerjaya saya," ujarnya yang masih aktif menyanyi walaupun kini sepi tanpa album baru.
Selain muncul dalam filem terbitan Big Production milik Haliza Misbun, Awie juga bakal terlibat dengan teater Cuci The Muzikal yang akan dijayakan di Istana Budaya pada 23 Oktober hingga 8 November 2009.
Sumber: http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/1894-erra-hanya-kisah-lampau-awie.html
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment