Sunday, June 19, 2011

Wednesday, February 24, 2010

Mamat Exist, Bercerai Talak Dua.

Mamat Exist dan bekas isterinya Marshila Mustafa sah bercerai dengan talak dua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009.

Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3. Banyak-banyak bersabarlah buat Mamat. Dan semoga berubah ke arah kebaikkab ler.

Sunday, February 7, 2010

Didy & Allen Selamat Di ijabkabulkan.





Selebrity gossip ingin mengucapkan tahniah kepada Didy dan pasangannya Allen kerana telah selamat di ijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang telah dilangsungkan semalam.

Majlis nikahnya di sempurnakan di Masjid Jamek Jalil Hassan Pasir Gudang Johor.

Hantarannya RM 10000 dan mas kawinnya RM 300. Standardlah tu kan. :).

Buat Didy dan Alley selamat berbulan madu dan cepat-cepat menimang baby. :)D

Monday, September 28, 2009

Thursday, September 24, 2009

Que Haidar tak sabar dah tunggu linda jasmine beranak

Pasangan bahagia Que dan Cikgu Linda tidak sabar menunggu kelahiran cahayamata mereka. Que yang bakal menjadi bapa di katakan berdebar-debar dan tidak sabar untuk menjadi bapa. Linda Jasmine dijangka akan melahirkan anak pada Oktober ini.


Menurut Utusan Malaysia:

MELANGSUNGKAN pernikahan pada 14 Februari lalu bersama guru tari terkenal, Linda Jasmine, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar bakal melalui satu pengalaman baru dalam hidupnya tidak lama lagi.

Meniti hari menunggu detik dikalungkan gelaran sebagai seorang bapa, Linda yang sedang sarat mengandung ketika ini diberitakan akan melahirkan bayi perempuan sekitar 26 Oktober ini.

Dengan segala persiapan yang sudah pun disediakan baik berupa pakaian dan segala kelengkapan menyambut kelahiran insan baru dalam hidupnya, namun di hati Que, penuh bersarang perasaan gementar menanti saat penuh bahagia itu.

Mujur Que sudah pun mempunyai pengalaman menjaga anak dan ‘memangku’ tugas selaku bapa kepada Qalif Khan, 8, iaitu anak Linda hasil perkahwinan dahulu.

Bagaimanapun, pengalaman tersebut tidak menyamai dengan apa yang akan ditempuhinya nanti.

“Doktor menasihatkan supaya Linda menjalani pembedahan semasa bersalin nanti atas sebab-sebab tertentu.

“Sememangnya saya sangat berdebar. Insya-Allah, Linda akan bersalin di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang pada tarikh berkenaan.

“Semua kelengkapan sudah siap. Paling banyak adalah baju baby. Kami sudah terlebih berbelanja untuk pakaian sahaja,” katanya ketika ditemui pada sesi pratonton filem Papadom di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Jelas Que, selain kelengkapan daripada segi material, dia giat membaca bahan-bahan berbentuk ilmiah mengenai bagaimana persiapan untuk menjadi seorang bapa.

Panduan berhadapan dengan isteri mengandung juga, katanya, turut dibaca agar dapat mengetahui segala perihal mengenai kehendak dan perasaan mereka ketika berbadan dua.

“Nama pun sudah ada untuk bayi itu nanti. Nama itu saya yang berikan dan Linda bersetuju. Tetapi, inspirasi untuk mendapatkan namanya datang daripada Linda sendiri,’’ ujar Que yang mahu merahsiakan terlebih dahulu nama anaknya itu.

Ditanya mengenai perubahan yang berlaku ke atas Linda semasa isterinya itu mengandung, Que berkata, Linda kini lebih sensitif dan soal makan pun sudah berubah.

“Biasalah, kata orang, ini adalah pembawaan budak. Semasa mengandung, Linda suka sangat makan nasi ayam dan berubah menjadi seorang yang amat sensitif.

“Pada mulanya perubahan itu amat memeranjatkan saya. Kalau tiba masanya merajuk, saya kenalah pujuk baik-baik.

“Perubahan keadaan Linda bagaimanapun tidak menjejaskan kerja saya. Saya faham kerana pada waktu ini dia memerlukan perhatian dan sokongan,’’ katanya.

Gurauan Qalif

Sementara itu, bagi Qalif pula yang rapat dan memanggil Que dengan panggilan daddy, tidak sabar untuk melihat bakal adiknya. Dia bagaimanapun teringinkan seorang adik lelaki.

Dalam nada bergurau, Qalif berkata : “Saya tidak excited (teruja). Saya mahu baby boy nanti boleh jadi geng (kawan) macam daddy.’’

Amat menyayangi Que, namun Qalif secara ringkas memberitahu, Que merupakan seorang ayah yang garang.

Senang bekerja dengan Afdlin

Berbalik kepada Que, tatkala diketengahkan mengenai lakonannya dalam Papadom, dia amat gembira kerana dapat berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki.

Menurut Que, Afdlin merupakan seorang pengarah filem yang mudah dirapati dan disenangi ramai.

“Saya melihat Afdlin menghasilkan filem bukan untuk keuntungan semata-mata. Dia bekerja dengan bersungguh-sungguh.

“Oleh sebab itu, sebagai pelakon, saya perlu berlaku jujur dengan diri sendiri agar membuat kerja dengan baik,’’ jelas Que yang sebelum ini pernah membintangi telemovie arahan Afdlin iaitu Orang Minyak Naik Minyak.

Menerusi Papadom, Que memegang watak sebagai Mat, seorang pelajar yang perwatakannya agak susah diramalkan dan menaruh rasa cinta terhadap Miasara lakonan Liyana Jasmay.

Bicara Aidilfitri Que

Kepada soalan tentang Aidilfitri pula, Que menjelaskan bahawa dia akan bercuti selama seminggu dan beraya di kampungnya di Johor sebelum pulang menyambut Hari Raya di ibu negara.

“Kali ini memang cukup berbeza. Kalau dahulu, saya hanya memikirkan persiapan untuk diri dan keluarga di kampung, tetapi sekarang sudah ada isteri dan Qalif.

“Tanggungjawab sudah semakin bertambah,’’ katanya.

Wednesday, September 16, 2009

AMY DAPAT ANAK LELAKI

AMPANG: Rocker terkenal, Suhaimi A Rahman, 51, atau Amy Search menyambut kelahiran anak ke kelimanya, petang semalam.

Isteri Amy, Norhasniza Hassan (Norish), 28, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram, jam 3.55 petang melalui proses pembedahan di Hospital Gleneagles, Ampang.

Amy ketika dihubungi cukup gembira dengan kehadiran bayi diberi nama Qaqa At-Tameemi itu. Malah, sempat berkongsi rahsia keunikan nama dipilihnya.

“Untuk tujuh hari pertama, saya memanggilnya dengan panggilan Muhammad. Tidak ada simbolik atau bernazar sebaliknya, sebagai orang Islam kita semua umat Nabi Muhammad s.a.w.
“Berbalik pada nama anak, Qaqa At-Tameemi membawa maksud ‘ruang kesempurnaan’ dan di dalam sesetengah buku lain membawa pengertian kehidupan sempurna.

“Seindah maksud nama itu, begitulah juga saya harapkan dengan didikan yang bakal diberi serta kebaikan nama itu akan membentuk keperibadian Qaqa sebagai insani,” katanya.

Amy memilih nama itu kerana tertarik kisah Ketua Tentera Islam, Qa’qa’ bin ‘Amr Al-Tameemi, yang cukup disegani dan menjadi sahabat serta orang kepercayaan Rasulullah.


Menurut Amy, Qaqa, anak ketiga hasil perkongsian hidupnya dengan Norish selama enam tahun, sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Alexander Zulkarnian, 5, dan Sania Samara, 4 tahun.




Scha Ganti Tempat Linda Onn




Akhirnya teka teki terjawab apabila 14 September lalu dalam dalam majlis memperkenalkan pengacara Sehari Berdansa yang di adakan di sebuah restoran eksklusif di ibu kota. Ternayalah telahan selama ini yang Scha akan menjadi hos rancangan berkenaan bersama buah hatinya Fahrin Ahmad dan pengacara Awal Ashaari.

Siapa lagi yang layak untuk berada disamping si Fahrin kalau bukannya Scha, tak gitu? Teruja rasanya untuk melihat Scha mengendalikan rancangan tersebut, namum sudah pastilah ada yang sibuk di luar sana yang akan membandingkan Scha dengan akak Linda Onn kita. Tapi baisalah tu kan, macam kata budak- budak sekarang, standardlah tu!.

Apapun semoga Scha akan menunjukkan bakat terpendamnya, semoga Scha belajar dari kesilapan lepas, maklumlah dia pernah di kritik hebat semasa mengendalikan rancangan Sehati Sejiwa di RTM suatu ketika dulu.